Soalan Lazim

Soalan Lazim | Jheaik

SOALAN LAZIM

Soalan 1

Bilakah khutbah terkini dapat dimuat turun setiap minggu dan khutbah yang lama untuk disimpan sebagai koleksi

Jawapan  1

Khutbah terkini akan boleh dimuat turun pada setiap hari rabu petang setiap minggu di laman web jabatan https://www.jheaik.kedah.gov.my atau https://dakwahjheaik.wixsite.com/home dan melalui Facebook page : Dakwah JAIK untuk melihat koleksi khutbah sila ke https://dakwahjheaik.wixsite.com/home

Soalan 2 

Bagaimana tatacara permohonan kebenaran memungut derma di dalam Negeri Kedah

Jawapan  2

Setiap permohonan hendaklah melalui Pejabat Agama Daerah dalam Negeri Kedah yang berhampiran
Institusi yang dipohon. Borang dan tatacara permohonan akan dilampirkan bersama. (*** permohonan hanya untuk di dalam Negeri Kedah Sahaja)

Soalan 3 

Boleh kami dapatkan senarai institusi atau pertubuhan yang diberi kebenaran untuk memungut derma khairat negeri kedah

Jawapan  3

Untuk mendapat rujukan senarai institusi atau pertubuhan yang diberi kebenaran untuk memungut derma khairat negeri kedah sila ke https://www.jheaik.kedah.gov.my atau https://dakwahjheaik.wixsite.com/home

Soalan 4

Bagaimana tatacara permohonan pendaftaran mualaf di dalam Negeri Kedah

Jawapan 4

Setiap permohonan hendaklah melalui Pejabat Agama Daerah dalam Negeri Kedah yang berhampiran. Borang dan tatacara permohonan akan dilampirkan bersama.

S1:         Bagaimanakah saya dan pasangan ingin mendapatkan khidmat runding cara kerana menghadapi masalah rumahtanga? Adakah saya perlu membuat bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut ?

J1 :         Tuan/puan perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal tuan/puan dan perlu mengisi Borang Permohonan Runding Cara.  Tuan/puan juga boleh membuat aduan berkaitan rumahtangga secara atas talian (online) melalui emel : rundingcarakedah@gmail.com.

Perkhidmatan runding cara di Pejabat Agama Islam Daerah seluruh negeri Kedah adalah percuma dan berbentuk sukarela. Pelanggan yang hadir tidak akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan yang diberikan.

 

S2 :        Saya ingin berkongsi masalah tentang perangai suami. Suami saya selama ini telah menjalankan tanggungjawab yang baik kepada saya dan anak-anak. Namun, sejak 5 tahun yang lepas, suami saya terjebak dengan gejala penagihan dadah. Di dalam rumah kami, ada satu bilik khas untuk suami menjalankan aktiviti penagihan dadah apabila beliau ketagih.  Saya risaukan keselamatan anak-anak apabila saya pergi kerja. Apakah tindakan yang terbaik perlu diambil memandangkan saya masih sayangkan suami saya?

J2 :         Puan perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal puan dan perlu mengisi Borang Permohonan Runding Cara. Puan juga boleh membuat aduan berkaitan rumahtangga secara atas talian (online) melalui emel : rundingcarakedah@gmail.com.

Selain itu, pentadbiran ini menasihatkan puan pergi ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berhampiran tempat tinggal puan untuk mendapatkan pandangan selanjutnya.

 

S3 :        Saya dan suami menjalani kehidupan berumahtangga secara jarak jauh. Kami mempunyai seorang anak perempuan. Namun, sepanjang tempoh 3 tahun perkahwinan kami, suami sudah banyak kali pukul serta naik tangan ke muka saya. Saya sangat sedih. Apakah tindakan yang perlu diambil?

J3 :         Puan perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal puan dan perlu mengisi Borang Permohonan Runding Cara. Puan juga boleh membuat aduan berkaitan rumahtangga secara atas talian (online) melalui emel : rundingcarakedah@gmail.com.

Selain itu, pentadbiran ini menasihatkan puan agar pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan ke hospital untuk membuat pemeriksaan jika perkara tersebut masih berulang. Salinan laporan perubatan (medical report) dan salinan laporan polis (police report) hendaklah disimpan sebagai dokumen tambahan sekiranya kes ini dibicarakan di mahkamah.

S4 :        Isteri saya sudah sebulan keluar meninggalkan saya dan anak-anak kerana pulang ke rumah keluarganya di Pulau Pinang. Saya juga sudah banyak kali saya menghubungi isteri saya melalui telefon dan “whatsapp” , tetapi tidak berjawab. Kami mempunyai 2 orang anak yang kini tinggal bersama saya di Alor Setar, Kedah. Apakah tindakan yang perlu saya buat?             

J4 :         Tuan perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal tuan dan perlu mengisi Borang Permohonan Runding Cara. Tuan juga boleh membuat aduan berkaitan rumahtangga secara atas talian (online) melalui emel : rundingcarakedah@gmail.com.

Tuan juga perlu memaklumkan semula kepada pihak pentadbiran ini, sekiranya telah berjaya menghubungi isteri tuan atau sebaliknya agar pihak kami dapat membuat tindakan selanjutnya.

Selain itu, pihak pentadbiran  ini menasihatkan tuan berurusan dengan Mahkamah Syariah untuk membuat permohonan isteri kembali taat (jika isteri masih tidak mahu pulang ke Alor Setar, Kedah).

 

S5 :        Saya telah mendapat perintah Mahkamah Syariah pada 30 Jun 2020 yang lalu tentang nafkah di mana bekas suami perlu memberikan nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan. Namun sehingga kini, suami tidak langsung memberi nafkah dan perbelanjaan seperti di dalam perintah mahkamah. Bolehkah jabatan agama membantu saya dalam situasi sekarang. Saya tetap akan menuntut hak anak-anak saya walaupun saya ini bekerjaya.

J5 :         Pihak pentadbiran ini mencadangkan puan berurusan semula dengan pihak Mahkamah Syariah yang mengeluarkan perintah tersebut kerana perkara ini di luar bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah

 

 Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah ?

 Perkhidmatan Yang Disediakan;

  • Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan isu akidah dan syariah.
  • Menyediakan profil berkaitan dengan isu-isu akidah dan syariah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
  • Memberi penjelasan mengenai isu-isu akidah dan syariah kepada  semua lapisan masyarakat di       Negeri Kedah Darul Aman.
  • Mendokumentasikan hasil kajian dan penyelidikan serta risalah-risalah yang berkaitan isu akidah dan syariah .
  • Mengadakan pemantauan ke atas penyebaran ajaran dan pegangan akidah dan syariah yang menyeleweng.

 

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Penapisan Media?

Perkhidmatan Yang Disediakan;

  • Mengkaji dan menapis bahan-bahan penerbitan berunsurkan Islam yang bercanggah dengan ajaran       Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Menerima aduan dari orang ramai berkenaan premis yang menjual atau mempamerkan barang-barang       atau terbitan yang mengandungi kalimah Allah        dan ayat-ayat Al-Quran.
  • Membuat pemantauan ke kedai-kedai buku, peralatan audio visual dan premis- premis yang       disyaki  sekitar Negeri Kedah .

 

  • Saya ingin membuat aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain, adakah Bahagian Penyelidikan  adalah tempat yang sesuai            untuk membuat aduan tersebut?

             Ya, aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-  lain boleh dibuat di  Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

KEPERLUAN UMUM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA 

Soalan:-

Apakah keperluan umum pensijilan halal Malaysia?

 

Jawapan:-

Keperluan umum Pensijilan Halal Malaysia adalah seperti berikut :-

1. Memastikan sumber bahan mentah/ramuan adalah halal & selamat iaitu diambil dari pembekal yang mempunyai sijil halal yang sah. Selain itu, pemohon hendaklah melampirkan spesifikasi yang lengkap (mengandungi komposisi bahan, carta alir & sumber bahan mentah termasuklah processing aid yang digunakan).

2. Produk hendaklah dihasilkan secara konsisten, menepati keperluan Hukum Syarak & Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

3. Label pembungkusan hendaklah mengandungi maklumat-maklumat mengikut peraturan, akta dan standard berkaitan. Ia dicetak dengan terang, jelas & tidak mudah dipadamkan. Pelabelan juga perlu tidak melanggar prinsip-prinsip Hukum Syarak.

4. Kawasan kilang hendaklah berpagar, peralatan bebas dari najis & tidak memberi kesan sampingan terhadap produk yang dikeluarkan. Peralatan/berus bulu daripada haiwan adalah tidak dibenarkan. Makanan/minuman yang tidak halal tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.

5. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pekerja muslim warganegara Malaysia dan hendaklah mengamalkan Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP), berpakaian sopan & bersesuaian.

6. Sistem sanitasi yang melibatkan persekitaran, peralatan, kawalan makhluk perosak & jadual pembersihan hendaklah diamalkan.

7. Pemohon hendaklah menyediakan rekod halal yang boleh dirujuk sewaktu pemeriksaan dilakukan.

8. Menyediakan kemudahan & kebajikan pekerja termasuk ruang solat yang bersesuaian, kebenaran menunaikan solat fardhu & solat Jumaat, bilik persalinan & ruang makan.

9. Memastikan setiap pekerja menerima latihan halal.

10. Memastikan penyeliaan & pemantauan Sistem Jaminan Halal direkod dengan baik.

11. Alat & unsur penyembahan tidak dibenarkan berada di kawasan pemprosesan.

12. Permohonan pengilangan kontrak hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jom mohon sijil halal dan ketahui prosedur pensijilan halal Malaysia di www.halal.gov.my

 

SYARAT-SYARAT PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Soalan:-

Apakah syarat-syarat pensijilan halal Malaysia?



Jawapan:-

Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia ialah pemohon atau pengilang hendaklah:-

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/Suruhanjaya Koperasi Malaysia/ lain-lain agensi kerajaan.
2. Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan.
3. Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
4. Mengeluar dan/atau mengendalikan produk halal sahaja.
5. Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf.
6. Memohon semua jenis produk/menu yang dikeluarkan di kilang/premis berkenaan.
7. Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut.

Jom mohon sijil halal dan ketahui prosedur pensijilan halal Malaysia di www.halal.gov.my

 

ADAKAH PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL WAJIB?

Permohonan pensijilan halal di Malaysia adalah sukarela dan tidak diwajibkan

 

BAGAIMANAKAH PROSES PERMOHONAN SIJIL PENGESAHAN HALAL (SPH) DIBUAT? 

1. Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang : http://www.halal.gov.my.

Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
Premis makanan (food premise).
Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
Farmaseutikal
Logistik (pengangkutan, pergudangan)

2.  Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut :

Produk makanan
Premis makanan (hotel / restoran)
Barang gunaan
Kosmetik dan dandanan diri
Premis sembelihan
Farmaseutikal
Logistik

3. Salinan borang permohonan on-line hendaklah dihantar bersama-sama dokumen sokongan permohonan untuk disemak oleh pegawai JHEAIK dalam tempoh 5 hari bekerja.

4. Jika perlu, pemohon perlu melengkapkan dokumen sokongan tambahan yang diminta dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5. Surat arahan pembayaran fi pensijilan halal akan dikeluarkan sekiranya permohonan yang dihantar lengkap dan sempurna. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

6. Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JHEAIK selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.

7. Setelah melalui proses audit yang sempurna, permohonan tersebut akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Kedah untuk dibincangkan.

8. Jika Mesyuarat bersetuju dengan kelulusan permohonan tersebut, sijil akan dikeluarkan oleh JAKIM.

 

Soalan 1 :
Siapakah yang boleh memberi maklumat kepada pihak Penguatkuasa Agama?

Jawapan 1 :
Semua orang yang mengetahui perlakuan (perbuatan) atau niat sama ada kesalahan jenayah syariah sudah dilakukan atau akan dilakukan boleh memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa dengan kadar segera.

Soalan 2 :
Bagaimanakah aduan boleh dilakukan?

Jawapan 2 :
Aduan boleh dilakukan sama ada secara bertulis atau secara lisan iaitu:-

i. Pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAIK/Pejabat Agama Daerah dan mengisi Borang 5;
ii. Pengadu boleh membuat aduan menerusi telefon (047307373 – 9 mlm-6 pagi), surat, email, faksimili, laporan polis atau seumpamanya di mana aduan tersebut akan di ubah dalam bentuk tulisan dalam Borang 5 dengan mencatatkan nama pengadu, tarikh dan masa aduan tersebut di terima aduan dari pengadu akan dikepeilkan bersama Borang 5 yang ditandatangani oleh PPA sebagai pemberi maklumat dan seorang PPA lain sebagai penerima maklumat.

Soalan 3 :

Adakah maklumat pengadu akan didedahkan kepada umum?

Jawapan 3 : 

Maklumat pengadu dikategorikan sebagai sulit, ia tidak boleh didedahkan dan tidak akan diberitahu kepada umum sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Maklumat pengadu hanya diketahui oleh orang-orang yang perlu mengetahui kandungannya dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.

Soalan 4 :

Apakah kesalahan Jenayah Syariah?

Jawapan 4 : 

Kesalahan Jenayah Syariah ertinya kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana individu yang bertentangan dengan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 & Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

Soalan 5 :

Apakah bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama?

Jawapan 5 : 

Bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama adalah kesalahan berhubung dengan akidah, kesucian agama Islam dan institusinya, kesusilaan, penyubahatan dan percubaan, kesalahan pelbagai sebagaimana yang diklasifikasikan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 & Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

Soalan 6 :

Sejauh manakah pihak Penguatkuasa Agama dapat menguatkuasakan undang-undang sekiranya kesalahan berlaku di negeri lain?

Jawapan 6 : 

Pegawai Penguatkuasa Agama tidak mempunyai bidangkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang di luar Negeri Kedah Darul Aman kerana bidangkuasa undang-undang Islam terletak di bawah bidangkuasa negeri atau Sultan.

1. Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan ?

Pada kelazimannya tarikh sebutan akan diberikan serta-merta selepas pendaftaran kes disempurnakan oleh pendakwa di mahkamah dan tarikh sebutan akan ditentukan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas kes didaftarkan.

2. Apakah sebab-sebab kelewatan kes berlaku?

– OKT mohon tangguh kes.
– Saman / Notis Sebutan Kes tidak dapat diserah kepada OKT.
– Alamat OKT tidak betul / OKT telah berpindah dan alamat baru tidak dimaklumkan kepada Pendakwa.
– Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran.
– Pendakwa pohon menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran.

3. Bolehkah kes pendakwaan saya dipercepatkan?

Tertakluk kepada tarikh mahkamah.

 

Soalan 1

Mengapa Pusat Pengajian Agama Islam perlu didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK)?

Jawapan:

Mana-mana Pihak yang berhasrat untuk mendirikan atau menubuhkan Pusat Pengajian Islam mestilah berdaftar dibawah  Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman 1988 .

 

Soalan2

Apakah jenis institusi Pengajian Agama Islam yang mesti berdaftar dibawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman 1988?

Jawapan

Semua jenis institusi yang menyediakan pengajian yang berkaitan Agama Islam termasuklah Sekolah, Pondok, Tahfiz, Tadika, KAFA dan lain-lain yang berkaitan pengajian Agama Islam

 

Soalan 3

Bagaimanakah cara permohonan Pendaftaran Pusat Pengajian Agama Islam ?

Jawapan

Pemohon perlu mengisi borang permohonan PendaftaranPenubuhan Sekolah-Sekolah Islam. Borang boleh didapati  di Pejabat Agama Daerah /  Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah /  dimuatturun dari laman web rasmi Jabatan Agama.

 

Soalan 4

Apakah keperluan yang perlu disediakan bersama borang permohonan ?

Jawapan

Kertas kerja penubuhan pusat pengajian yang mengandungi perkara berikut :

1. Surat Cara Pengurusan Sekolah

2. Nama dan alamat lengkap pusat pengajian

3. Latarbelakang/sejarah pusat pengajian

4. Objektif penubuhan

5. Maklumat lengkap guru, kakitangan dan pelajar

6. Kurikulum pengajian (senarai nama kitab dan buku yang digunakan serta jadual pembelajaran)

7. Sumber kewangan, senarai yuran yang dikenakan serta modal berbayar (salinan penyata akaun bank terkini)

8. Maklumat perbelanjaan bulanan.

9. Gambar-gambar berkaitan pusat pengajian

10. Pelan bangunan dan kecemasan sekolah

11. Salinan surat hak pemilikan tanah

12. Surat perjanjian @ kebenaran menjalankan operasi pengajian

13. Surat kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan bagi pusat pengajian yang melibatkan kawasan kediaman

 

Soalan 5

Bagaimanakah proses pendaftaran akan dilaksanakan ?

Jawapan

1. Pemohon perlu menghantar borang pendaftaran dan dokumen yang diberkaitan ke Pejabat Agama Daerah masing-masing. (2 salinan borang pendaftaran dan dokumen berkaitan)

2. Pegawai Pejabat Agama Daerah akan membuat lawatan ke pusat pengajian tersebut dan akan menyokong sekiranya menepati syarat atau sebaliknya.

3. Borang pendaftaran serta dokumen akan dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) seteleh disokong oleh Pegawai Agama Daerah.

4. Bahagian Pendidikan akan mengadakan lawatan pemeriksaan ke pusat pengajian tersebut untuk memastikan pematuhan sekolah menepati syarat yang ditetapkan.

5. Kelulusan keselamatan daripada pihak BOMBA dan kebenaran daripada PBT jika beraitan

6. Jika mematuhi semua kehendak Enakmen, Pusat Pengajian tersebut akan segera didaftarkan.

 

Soalan 6

Apakah peperiksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan (JHEAIK) ?

Jawapan

1. Sijil Menengah Agama (SMA) untuk  Pelajar Sekolah Menengah Agama

2. Sijil Tinggi Agama (STA) untuk Pelajar Sekolah Menengah Agama

3. Sijil Tahfiz Menengah (STM) untuk Pelajar Tahfiz

4. Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam(UPSRI) untuk Pelajar Sekolah Rendah Islam

5. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk Pelajar KAFA

6. Ujian Pentaksiran Khas bagi kanak-kanak 6 tahun (U-Pek) untuk Pelajar TADIKA ISLAM

 

Soalan 7

Apakah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ?

Jawapan

1. Al- Quran

2. Fekah

3. Tauhid

4. Hadis dan Ulum Hadis

5. Ulum Quran dan Tafsir

6. Usul Feqah

7. Mantiq

8. Akhlak dan Tasawwuf

9. Sirah Nabawiyah

10. Nahu dan Sorof

11. Insyak dan Mutolaah

12. Adab dan Balaghah

 

Soalan 8

Berapakah jumlah yuran pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)?

Jawapan

RM 25.00 untuk seorang calon.

 

Soalan 9

Apakah syarat kelayakan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ?

Jawapan

1. Umur calon tidak dihadkan.

2. Penuntut Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama/ Arab yang menerima Bantuan Kerajaan Negeri / Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri.

3. Penuntut Tingkatan 4 atau yang setaraf dengannya.

4. Permohonan calon persendirian yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan.

 

Soalan 10

Apakah sukatan pelajaran bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ?

Jawapan

Sijil Menengah Agama (SMA) menggunapakai Kurikulum Bersepadu Dini berpandukan sukatan pelajaran Tingkatan 4.

 

Soalan 11

Apakah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

1. Al-Quran

2. Fekah dan Faraid

3. Tauhid

4. Hadis dan Ulum Hadis

5. Tafsir dan Ulum Quran

6. Usul Feqah

7. Mantik

8. Nahu dan Sorof

9. Insyak dan Mutolaah

10. Nusus dan Tarikh Adab

11. Arudh dan Qafiyah

12. Balaghah

13. Lisan Bahasa Arab

14. Bahasa Malaysia

15. Bahasa Inggeris

 

Soalan 12

Berapakah jumlah yuran pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

RM 75.00 seorang calon.

 

Soalan 13

Apakah syarat kelayakan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

1. Umur calon tidak dihadkan.

2. Calon-calon mestilah berada di Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah atau mana-mana Sekolah Agama yang diperakui oleh kerajaan.

3. Calon-calon yang pernah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA). (calon mengulang)

4. Calon-calon selepas 2 tahun pernah menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).

5. Calon perseorangan yang boleh memberi bukti yang sah bahawa ia telah menyempurnakan pelajaran di dalam Tingkatan 6 Rendah di salah sebuah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Negeri atau memiliki sijil yang diakui oleh Lembaga Peperiksaan setaraf dengan Sijil Menengah Rendah (SMA).

6. Semua syarat-syarat yang tercatit di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan pertimbangan serta persetujuan pihak Lembaga Peperiksaan dan Sijil Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Kedah Darul Aman.

 

Soalan 14

Apakah sukatan pelajaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

Sijil Tinggi Agama (STA) menggunapakai sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpandukan sukatan pelajaran Tingkatan 6.

 

Soalan 15

Bagaimanakah bentuk peperiksaan Sijil Tahfiz Menengah (STM) ?

Jawapan

1. Syafawi (Lisan)

2. Tahriri (Bertulis)

 

Soalan 16

Apakah syarat-syarat kelayakan Sijil Tahfiz Menengah (STM) ?

Jawapan

1. Terbuka kepada semua pelajar tahfiz yang berdaftar di bawah (JHEAIK) sama ada warganegara ataupun bukan warganegara

2. Berjaya menamatkan 15 juzuk Al-quran bermula dari juzuk 1 sehingga juzuk 15

3. Berkemampuan memahami dan menulis di dalam tulisan jawi

 

Soalan 17

Apakah sukatan bagi peperiksaan Sijil Tahfiz Menengah (STM) ?

Jawapan

Sukatan Al-quran bermula dari Juzuk 1 sehingga Juzuk 15.

 

Soalan 18

Apakah syarat untuk menduduki peperiksaan UPKK?

Jawapan

1. Sekurang-kurangnya 3 tahun belajar di kelas KAFA

2. Tahun 5 semasa

3. Berdaftar sebagai calon UPKK

 

Soalan 19

Apakah jenis Ko-Kurikulum yang anjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kepada Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah ?

Jawapan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam melalui Bahagian Pendidikan menganjurkan beberapa jenis Ko-kurikulum iaitu :

1. Sekolah Rendah Islam ( Peringkat Negeri )  

     a. Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Islam (lumba Lari, Lontar Peluru dan Lompat Jauh )

     b. Fannul Atfal ( Tilawah Al-Quran, Hafazan Surah, Khat, Bacaan Dalam Solat, Azan, Bercerita Kisah Rasul, Kuiz Agama, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan  Bahasa Inggeris dan Nasyid )

2. Sekolah Menengah Agama (Peringkat Negeri dan Kebangsaan)

     a. Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama ( Bola Sepak, Takraw, Badminton, Ping Pong, Bola Tampar dan Bola Jaring)

     b. Ihtifal Ilmi ( Nasyid, Khad, Kitabatul Maqal, Bahas Ala Parlimen, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan  Bahasa Inggeris, Syarahan  Bahasa Arab, Mengajar  Kitab Turath,Kuiz, Hiwar, Tilawah Al-Quran Dan Menghafaz Al -Quran)

     c. Memanah ( Recuve 60M Individu, Berpasukan Dan Olimpik)

3. KAFA ( Peringkat Negeri dan Kebangsaan )

      a. Ihtifal KAFA ( Tilawah,Hafazan surah terpilih, Marhaban, Nasyid, Khat, Tulisan Jawi, Syarahan Bahasa Melayu  dan Syarahan Bahasa Arab)

4. TADIKA ISLAM ( Peringkat Negeri)

     a. Mahrajan TADIKA ISLAM ( Hafazan Doa Pilihan, Hafazan Surah Pilihan, Bacaan Dalam Solat, Azan, Bacaan Jawi, Nasyid, Choral Speaking)

 

Soalan 20

Bagaimanakah cara untuk sekolah Agama mendapatkan Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jawapan

Skim Pinjaman Buku Teks disediakan  oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk melayakkan sekolah mendapat Skim Pinjaman Buku Teks KPM, Sekolah Mestilah memenuhi syarat berikut :

1. Sekolah mestilah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan berstatus Sekolah Agama Rakyat.

2. Membuat satu surat permohonan kepada Bahagian Sumber Dan Teknologi  Pendidikan melalui Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

3. Dokumen yang perlu disertakan

     a. salinan sijil pendaftaran Sekolah

     b. salinan rekod kehadiran murid setiap kelas terkini

     c. senarai matapelajaran yang digunapakai

     d. jumlah pelajar mengikut tahun/tingkatan.

Permohonan hendaklah diserakhan Ke Bahagian Pendidikan untuk dipanjangkan kepada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM. Kelulusan adalah dari Bahagian Sember dan Teknologi Pendidikan KPM.

 

Soalan 21

Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Reandah Islam di Negeri Kedah?

Jawapan

Pemohon hendaklah membuat permohonan malalui sekolah berkenaan. Kebanyakan sekolah mengadakan Ujian kemasukan untuk tapisan.

 

Soalan 22

Bagaimanakah cara untuk memohon Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah?

Jawapan

Permohonan Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah adalah berdasarkan kekosongan jawatan melaluiiklan yang dikeluarkan.

 

Soalan 23

Apakah syarat – syarat  untuk permohonan  guru KAFA?

Jawapan

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.

3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dengan:

4. Kepujian Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu

5. Kepujian Pendidikan Islam atau kepujian Pendidikan Al- Quran  dan Al-Sunnah atau kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan

6. Lulus Bahasa Arab

7. Sihat Tubuh Badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar.

 

Soalan 24

Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan guru KAFA?

Jawapan

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Agama Daerah sekiranya iklan kekosongan dikeluarkan.

 

Soalan 25

Saya telah berpindah, bagaimankah proses pertukaran anak saya yang belajar di kelas KAFA?

Jawapan

Surat pengesahan belajar di sekolah yang asal serta dokumen yang berkaitan.

 

Soalan 26

Bagaimanakah saya ingin mendaftar anak saya ke kelas KAFA?

Jawapan

Hadir ke pusat KAFA yang berdekatan berjumpa dengan ketua guru KAFA.

 

Soalan 27

Bagaimanakah untuk saya mengatahui senarai pusat KAFA yang ada di tempat saya?

Jawapan

Rujuk Pejabat Agama Daerah atau laman sesawang rasmi Jabatan Hal Ehwal agama Islam Negeri Kedah

 

Soalan 28

Bagaimanakah untuk saya membuka kelas KAFA?

Jawapan

Proses permohonan pendaftaran kelas KAFA adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Kedah 1988.


Soalan 29

Apakah syarat kelayakan memohon Tadika Islam JHEAIK?

Jawapan

1. Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia sahaja

2. Kanak-kanak yang mencapai umur 4 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

 

Soalan 30

Berapakah umur kanak-kanak yang layak memohon mengikuti Pendidikan Tadika Islam JHEAIK?

Jawapan

Kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk kanak-kanak 5 & 6 tahun sahaja

 

Soalan 31

Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati?

Jawapan

1. Muat turun dari laman web rasmi JHEAIK (jheaik.kedah.gov.my)

2. Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke Pusat TADIKA ISLAM yang dipilih.

 

Soalan 32

Apakah bentuk kurikulum dan silibus yang diguna pakai TADIKA ISLAM JHEAIK?

Jawapan

1. Standard Pra Sekolah Kebangsaan (DSPK)

2. Silibus dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah

 

Soalan 33

Berapakah yuran bulanan TADIKA ISLAM?

Jawapan

RM 30.00

 

Soalan 34

Apakah bentuk kelayakan guru / pembantu TADIKA ISLAM?

Jawapan

1. Sama seperti syarat & kelayakan permohonan yang telah ditetapkan

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – mempunyai 5 kepujian termasuk BM serta Kepujian lain bagi subjek PI dan BA

3. Sijil-sijil tambahan Syahadah dan STAM @ setaraf

 

Soalan 35

Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru / pembantu TADIKA ISLAM?

Jawapan

1. Muat turun dari laman web rasmi JHEAIK (jheaik.kedah.gov.my)

2. Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke Seksyen TADIKA ISLAM JHEAIK