Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

 

Tuan Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud, SDK., AMK., BCK.
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

 

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi jabatan ini.

Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, JHEAIK selaku agensi agama peringkat negeri Kedah turut mengorak langkah memanfaatkan laman sesawang ini sebagai saluran interaktif dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Diharapkan agar maklumat yang dipaparkan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab serta usaha–usaha JHEAIK dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal islam di negeri ini.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan laman sesawang ini dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi menambahbaik laman sesawang ini.

Sekian, terima kasih.