Program Taklimat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Wilayah Kota Setar dan Pokok Sena Tahun 2021

Program Taklimat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Wilayah Kota Setar dan Pokok Sena Tahun 2021

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah mengadakan Program Taklimat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Wilayah Kota Setar dan Pokok Sena Tahun 2021.

Program diadakan di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar pada 10 Mac 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program diisi dengan 3 slot ceramah yang disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah. Slot pertama disampaikan oleh En. Muhammad Shukur bin Md Saffar, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah dengan tajuk Peranan dan Tanggungjawab Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Slot kedua bertajuk Pengenalan Koperasi disampaikan oleh Puan Hajjah Yusnita binti Othman, Timbalan Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM) Zon Utara, sementara slot terakhir iaitu Taklimat Kefahaman dan Penubuhan Koperasi dikendalikan oleh Puan Khairufiza binti Kasim, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Bahagian Statutori dan Pendaftaran Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah.

Program melibatkan penyertaan sejumlah 24 masjid iaitu 20 buah masjid sekitar Daerah Kota Setar dan 4 buah masjid dari daerah Pokok Sena dengan jumlah jemputan wakil masjid seramai 72 orang peserta.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Puan Norzila binti Nayan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah. YBhg. Tuan Pengarah JHEAIK diwakili oleh YBhg. Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK di dalam majlis tersebut.