Kunjungan Mahabbah ke IKBN Naka

Kunjungan Mahabbah ke IKBN Naka

9 MAC 2021 NAKA – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud telah berkunjung ke Institut Kemahiran Belia Negara Naka yang turut diiringi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Syeikh Marwadzi Bin Dziyauddin dan juga beberapa orang kakitangan dari Bahagian Pengurusan Halal.

Ketibaan beliau disambut Pengarah IKBN Naka, Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi dan juga kakitangan IKBN Naka.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi mengetahui dengan lebih lanjut pengurusan IKBN dalam menyediakan kemudahan dan prasarana kepada usahawan mikro dan kecil seterusnya menjalin hubungan strategik antara JHEAIK dan IKBN Naka dalam membantu pelajar dan juga usahawan bagi mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Rombongan dari JHEAIK seterusnya dibawa melawat Jabatan Teknologi Pembuatan Makanan di mana terdapat beberapa kilang latihan pemprosesan makanan. 

Terdapat syarikat yang beroperasi di sini yang mendapat pensijilan halal Malaysia.