Pembangunan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Kedah

Pembangunan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Kedah

ALOR SETAR, 21 Februari 2021 – Pengarah SKM Kedah, Puan Norzila Binti Nayan melakukan satu kunjungan hormat bersama pegawai-pegawai kanan SKM Kedah ke atas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani di pejabatnya hari ini.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan program dan kerjasama yang dapat direalisasikan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di kalangan ummah melalui keusahawanan dalam koperasi serta agenda mengkoperasikan komuniti khususnya penggalakkan penubuhan koperasi kariah masjid.

Hasil perbincangan, satu program taklimat penubuhan koperasi kariah masjid yang telah disenarai pendek oleh JHEAIK iaitu sebanyak 46 buah masjid yang merangkumi 4 zon dan akan dilaksanakan bermula Mac 2021.

Zon Kota Setar 10 Mac 2021
Zon Pendang 17 Mac 2021
Zon Baling/Sik 24 Mac 2021
Zon Langkawi 31 Mac 2021

 

SUMBER : Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Previous
Next