PEMANTAUAN RUMAH SEMBELIHAN SEKITAR BANDAR RAYA ALOR SETAR

PEMANTAUAN RUMAH SEMBELIHAN SEKITAR BANDAR RAYA ALOR SETAR

4 Januari 2021 | Alor Setar Pemantauan premis sembelihan ayam di sekitar Alor Setar bersama KPDNHEP, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) dan Jabatan Veterinar Negeri Kedah. Turut hadir bersama Exco Agama, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Bin Haji Ahmad diiringi Y.Bhg. Tuan Hj. Mohd Yusri Bin Md Daud, Pengarah JHEAIK.
 

Pemantauan kali ini bermula dari jam 3.30 pagi sehingga jam 5.30 pagi. Aktiviti pemantauan seperti ini akan terus diadakan di setiap daerah bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang terbaik sampai kepada pengguna di luar sana khususnya pengguna Muslim.