Pemeriksaan Dan Pemantauan Ke Atas Premis Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Pemeriksaan Dan Pemantauan Ke Atas Premis Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Gurun Dalam menangani isu kartel daging yang menjadi bualan masyarakat, EXCO Agama Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Bin Haji Ahmad terus menerus mengambil langkah positif dalam memastikan pembuatan makanan sejuk beku yang dihasilkan di negeri ini menjadi pelopor pengeluar makanan halal terulung di Malaysia.

     Sehubungan itu, satu pemeriksaan dan pemantauan telah dilakukan pada 7 Januari 2021 ke kilang dan pengeluar makanan sejuk beku yang terletak di Jalan Jeniang Sik yang mana turut dihadiri sendiri EXCO Agama. Turut hadir bersama bagi membantu Bahagian Pengurusan Halal di dalam pemeriksaan dan pemantauan kali ini ialah KPDNHEP Negeri Kedah, KPDNHEP Cawangan Sungai Petani dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda.

       Premis yang diperiksa kali ini merupakan salah satu dari pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim produk makanan / minuman / makanan tambahan dan milik Bumiputera Muslim.