Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai Dalaman dan Susun Atur Perabot Pejabat Agama Daerah Kota Setar dan Bahagian Pendakwaan JHEAIK

Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai Dalaman dan Susun Atur Perabot Pejabat Agama Daerah Kota Setar dan Bahagian Pendakwaan JHEAIK

ALOR SETAR: Projek Ubahsuai Dalaman dan Susun Atur Perabot Pejabat Agama Daerah Kota Setar dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah sempurna dijalankan. Majlis penyerahan rasmi projek tersebut telah berlangsung pada hari Ahad, 3 Januari 2021 di tapak projek.

Ucapan aluan disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah diikuti ucapan penghargaan oleh wakil syarikat kontraktor yang dilantik, Setar Jaya Sdn. Bhd; Timbalan Pengarah (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Tuan Faisal Rizal bin Mohammad, mewakili Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan, Perkhidmatan dan Kewangan) JHEAIK, Tuan Mohd Noor bin Ismail mewakili Tuan Pengarah JHEAIK.

Simbolik penyerahan kunci pejabat disempurnakan oleh pihak kontraktor kepada Tuan Pengarah JKR, seterusnya kepada wakil Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan) dan wakil Tuan Pengarah JHEAIK mengakhiri majlis. Turut hadir, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar; Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kedah, Syeikh Bisyamuddin Azha bin Baharom dan kakitangan PADKS, Bahagian Pendakwaan JHEAIK, JKR dan kontraktor yang dilantik.