Soalan Lazim | Bahagian Pendidikan

Soalan Lazim | Bahagian Pendidikan

 

Soalan 1

Mengapa Pusat Pengajian Agama Islam perlu didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK)?

Jawapan:

Mana-mana Pihak yang berhasrat untuk mendirikan atau menubuhkan Pusat Pengajian Islam mestilah berdaftar dibawah  Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman 1988 .

 

Soalan2

Apakah jenis institusi Pengajian Agama Islam yang mesti berdaftar dibawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman 1988?

Jawapan

Semua jenis institusi yang menyediakan pengajian yang berkaitan Agama Islam termasuklah Sekolah, Pondok, Tahfiz, Tadika, KAFA dan lain-lain yang berkaitan pengajian Agama Islam

 

Soalan 3

Bagaimanakah cara permohonan Pendaftaran Pusat Pengajian Agama Islam ?

Jawapan

Pemohon perlu mengisi borang permohonan PendaftaranPenubuhan Sekolah-Sekolah Islam. Borang boleh didapati  di Pejabat Agama Daerah /  Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah /  dimuatturun dari laman web rasmi Jabatan Agama.

 

Soalan 4

Apakah keperluan yang perlu disediakan bersama borang permohonan ?

Jawapan

Kertas kerja penubuhan pusat pengajian yang mengandungi perkara berikut :

1. Surat Cara Pengurusan Sekolah

2. Nama dan alamat lengkap pusat pengajian

3. Latarbelakang/sejarah pusat pengajian

4. Objektif penubuhan

5. Maklumat lengkap guru, kakitangan dan pelajar

6. Kurikulum pengajian (senarai nama kitab dan buku yang digunakan serta jadual pembelajaran)

7. Sumber kewangan, senarai yuran yang dikenakan serta modal berbayar (salinan penyata akaun bank terkini)

8. Maklumat perbelanjaan bulanan.

9. Gambar-gambar berkaitan pusat pengajian

10. Pelan bangunan dan kecemasan sekolah

11. Salinan surat hak pemilikan tanah

12. Surat perjanjian @ kebenaran menjalankan operasi pengajian

13. Surat kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan bagi pusat pengajian yang melibatkan kawasan kediaman

 

Soalan 5

Bagaimanakah proses pendaftaran akan dilaksanakan ?

Jawapan

1. Pemohon perlu menghantar borang pendaftaran dan dokumen yang diberkaitan ke Pejabat Agama Daerah masing-masing. (2 salinan borang pendaftaran dan dokumen berkaitan)

2. Pegawai Pejabat Agama Daerah akan membuat lawatan ke pusat pengajian tersebut dan akan menyokong sekiranya menepati syarat atau sebaliknya.

3. Borang pendaftaran serta dokumen akan dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) seteleh disokong oleh Pegawai Agama Daerah.

4. Bahagian Pendidikan akan mengadakan lawatan pemeriksaan ke pusat pengajian tersebut untuk memastikan pematuhan sekolah menepati syarat yang ditetapkan.

5. Kelulusan keselamatan daripada pihak BOMBA dan kebenaran daripada PBT jika beraitan

6. Jika mematuhi semua kehendak Enakmen, Pusat Pengajian tersebut akan segera didaftarkan.

 

Soalan 6

Apakah peperiksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan (JHEAIK) ?

Jawapan

1. Sijil Menengah Agama (SMA) untuk  Pelajar Sekolah Menengah Agama

2. Sijil Tinggi Agama (STA) untuk Pelajar Sekolah Menengah Agama

3. Sijil Tahfiz Menengah (STM) untuk Pelajar Tahfiz

4. Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam(UPSRI) untuk Pelajar Sekolah Rendah Islam

5. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk Pelajar KAFA

6. Ujian Pentaksiran Khas bagi kanak-kanak 6 tahun (U-Pek) untuk Pelajar TADIKA ISLAM

 

Soalan 7

Apakah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ?

Jawapan

1. Al- Quran

2. Fekah

3. Tauhid

4. Hadis dan Ulum Hadis

5. Ulum Quran dan Tafsir

6. Usul Feqah

7. Mantiq

8. Akhlak dan Tasawwuf

9. Sirah Nabawiyah

10. Nahu dan Sorof

11. Insyak dan Mutolaah

12. Adab dan Balaghah

 

Soalan 8

Berapakah jumlah yuran pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)?

Jawapan

RM 25.00 untuk seorang calon.

 

Soalan 9

Apakah syarat kelayakan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ?

Jawapan

1. Umur calon tidak dihadkan.

2. Penuntut Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama/ Arab yang menerima Bantuan Kerajaan Negeri / Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri.

3. Penuntut Tingkatan 4 atau yang setaraf dengannya.

4. Permohonan calon persendirian yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan.

 

Soalan 10

Apakah sukatan pelajaran bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ?

Jawapan

Sijil Menengah Agama (SMA) menggunapakai Kurikulum Bersepadu Dini berpandukan sukatan pelajaran Tingkatan 4.

 

Soalan 11

Apakah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

1. Al-Quran

2. Fekah dan Faraid

3. Tauhid

4. Hadis dan Ulum Hadis

5. Tafsir dan Ulum Quran

6. Usul Feqah

7. Mantik

8. Nahu dan Sorof

9. Insyak dan Mutolaah

10. Nusus dan Tarikh Adab

11. Arudh dan Qafiyah

12. Balaghah

13. Lisan Bahasa Arab

14. Bahasa Malaysia

15. Bahasa Inggeris

 

Soalan 12

Berapakah jumlah yuran pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

RM 75.00 seorang calon.

 

Soalan 13

Apakah syarat kelayakan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

1. Umur calon tidak dihadkan.

2. Calon-calon mestilah berada di Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah atau mana-mana Sekolah Agama yang diperakui oleh kerajaan.

3. Calon-calon yang pernah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA). (calon mengulang)

4. Calon-calon selepas 2 tahun pernah menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).

5. Calon perseorangan yang boleh memberi bukti yang sah bahawa ia telah menyempurnakan pelajaran di dalam Tingkatan 6 Rendah di salah sebuah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Negeri atau memiliki sijil yang diakui oleh Lembaga Peperiksaan setaraf dengan Sijil Menengah Rendah (SMA).

6. Semua syarat-syarat yang tercatit di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan pertimbangan serta persetujuan pihak Lembaga Peperiksaan dan Sijil Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Kedah Darul Aman.

 

Soalan 14

Apakah sukatan pelajaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) ?

Jawapan

Sijil Tinggi Agama (STA) menggunapakai sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpandukan sukatan pelajaran Tingkatan 6.

 

Soalan 15

Bagaimanakah bentuk peperiksaan Sijil Tahfiz Menengah (STM) ?

Jawapan

1. Syafawi (Lisan)

2. Tahriri (Bertulis)

 

Soalan 16

Apakah syarat-syarat kelayakan Sijil Tahfiz Menengah (STM) ?

Jawapan

1. Terbuka kepada semua pelajar tahfiz yang berdaftar di bawah (JHEAIK) sama ada warganegara ataupun bukan warganegara

2. Berjaya menamatkan 15 juzuk Al-quran bermula dari juzuk 1 sehingga juzuk 15

3. Berkemampuan memahami dan menulis di dalam tulisan jawi

 

Soalan 17

Apakah sukatan bagi peperiksaan Sijil Tahfiz Menengah (STM) ?

Jawapan

Sukatan Al-quran bermula dari Juzuk 1 sehingga Juzuk 15.

 

Soalan 18

Apakah syarat untuk menduduki peperiksaan UPKK?

Jawapan

1. Sekurang-kurangnya 3 tahun belajar di kelas KAFA

2. Tahun 5 semasa

3. Berdaftar sebagai calon UPKK

 

Soalan 19

Apakah jenis Ko-Kurikulum yang anjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kepada Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah ?

Jawapan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam melalui Bahagian Pendidikan menganjurkan beberapa jenis Ko-kurikulum iaitu :

1. Sekolah Rendah Islam ( Peringkat Negeri )  

     a. Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Islam (lumba Lari, Lontar Peluru dan Lompat Jauh )

     b. Fannul Atfal ( Tilawah Al-Quran, Hafazan Surah, Khat, Bacaan Dalam Solat, Azan, Bercerita Kisah Rasul, Kuiz Agama, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan  Bahasa Inggeris dan Nasyid )

2. Sekolah Menengah Agama (Peringkat Negeri dan Kebangsaan)

     a. Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama ( Bola Sepak, Takraw, Badminton, Ping Pong, Bola Tampar dan Bola Jaring)

     b. Ihtifal Ilmi ( Nasyid, Khad, Kitabatul Maqal, Bahas Ala Parlimen, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan  Bahasa Inggeris, Syarahan  Bahasa Arab, Mengajar  Kitab Turath,Kuiz, Hiwar, Tilawah Al-Quran Dan Menghafaz Al -Quran)

     c. Memanah ( Recuve 60M Individu, Berpasukan Dan Olimpik)

3. KAFA ( Peringkat Negeri dan Kebangsaan )

      a. Ihtifal KAFA ( Tilawah,Hafazan surah terpilih, Marhaban, Nasyid, Khat, Tulisan Jawi, Syarahan Bahasa Melayu  dan Syarahan Bahasa Arab)

4. TADIKA ISLAM ( Peringkat Negeri)

     a. Mahrajan TADIKA ISLAM ( Hafazan Doa Pilihan, Hafazan Surah Pilihan, Bacaan Dalam Solat, Azan, Bacaan Jawi, Nasyid, Choral Speaking)

 

Soalan 20

Bagaimanakah cara untuk sekolah Agama mendapatkan Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jawapan

Skim Pinjaman Buku Teks disediakan  oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk melayakkan sekolah mendapat Skim Pinjaman Buku Teks KPM, Sekolah Mestilah memenuhi syarat berikut :

1. Sekolah mestilah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan berstatus Sekolah Agama Rakyat.

2. Membuat satu surat permohonan kepada Bahagian Sumber Dan Teknologi  Pendidikan melalui Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

3. Dokumen yang perlu disertakan

     a. salinan sijil pendaftaran Sekolah

     b. salinan rekod kehadiran murid setiap kelas terkini

     c. senarai matapelajaran yang digunapakai

     d. jumlah pelajar mengikut tahun/tingkatan.

Permohonan hendaklah diserakhan Ke Bahagian Pendidikan untuk dipanjangkan kepada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM. Kelulusan adalah dari Bahagian Sember dan Teknologi Pendidikan KPM.

 

Soalan 21

Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Reandah Islam di Negeri Kedah?

Jawapan

Pemohon hendaklah membuat permohonan malalui sekolah berkenaan. Kebanyakan sekolah mengadakan Ujian kemasukan untuk tapisan.

 

Soalan 22

Bagaimanakah cara untuk memohon Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah?

Jawapan

Permohonan Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah adalah berdasarkan kekosongan jawatan melaluiiklan yang dikeluarkan.

 

Soalan 23

Apakah syarat – syarat  untuk permohonan  guru KAFA?

Jawapan

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.

3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dengan:

4. Kepujian Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu

5. Kepujian Pendidikan Islam atau kepujian Pendidikan Al- Quran  dan Al-Sunnah atau kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan

6. Lulus Bahasa Arab

7. Sihat Tubuh Badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar.

 

Soalan 24

Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan guru KAFA?

Jawapan

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Agama Daerah sekiranya iklan kekosongan dikeluarkan.

 

Soalan 25

Saya telah berpindah, bagaimankah proses pertukaran anak saya yang belajar di kelas KAFA?

Jawapan

Surat pengesahan belajar di sekolah yang asal serta dokumen yang berkaitan.

 

Soalan 26

Bagaimanakah saya ingin mendaftar anak saya ke kelas KAFA?

Jawapan

Hadir ke pusat KAFA yang berdekatan berjumpa dengan ketua guru KAFA.

 

Soalan 27

Bagaimanakah untuk saya mengatahui senarai pusat KAFA yang ada di tempat saya?

Jawapan

Rujuk Pejabat Agama Daerah atau laman sesawang rasmi Jabatan Hal Ehwal agama Islam Negeri Kedah

 

Soalan 28

Bagaimanakah untuk saya membuka kelas KAFA?

Jawapan

Proses permohonan pendaftaran kelas KAFA adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Kedah 1988.

Soalan 29

Apakah syarat kelayakan memohon Tadika Islam JHEAIK?

Jawapan

1. Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia sahaja

2. Kanak-kanak yang mencapai umur 4 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

 

Soalan 30

Berapakah umur kanak-kanak yang layak memohon mengikuti Pendidikan Tadika Islam JHEAIK?

Jawapan

Kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk kanak-kanak 5 & 6 tahun sahaja

 

Soalan 31

Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati?

Jawapan

1. Muat turun dari laman web rasmi JHEAIK (jheaik.kedah.gov.my)

2. Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke Pusat TADIKA ISLAM yang dipilih.

 

Soalan 32

Apakah bentuk kurikulum dan silibus yang diguna pakai TADIKA ISLAM JHEAIK?

Jawapan

1. Standard Pra Sekolah Kebangsaan (DSPK)

2. Silibus dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah

 

Soalan 33

Berapakah yuran bulanan TADIKA ISLAM?

Jawapan

RM 30.00

 

Soalan 34

Apakah bentuk kelayakan guru / pembantu TADIKA ISLAM?

Jawapan

1. Sama seperti syarat & kelayakan permohonan yang telah ditetapkan

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – mempunyai 5 kepujian termasuk BM serta Kepujian lain bagi subjek PI dan BA

3. Sijil-sijil tambahan Syahadah dan STAM @ setaraf

 

Soalan 35

Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru / pembantu TADIKA ISLAM?

Jawapan

1. Muat turun dari laman web rasmi JHEAIK (jheaik.kedah.gov.my)

2. Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke Seksyen TADIKA ISLAM JHEAIK