Mesyuarat Pengurusan Masjid dan Dakwah Daerah Kota Setar

Mesyuarat Pengurusan Masjid dan Dakwah Daerah Kota Setar

ALOR SETAR: Mesyuarat Pengurusan Masjid dan Dakwah Daerah Kota Setar telah diadakan pada hari Rabu, 9 Disember 2020 bertempat di Masjid Al-Hasanah, Ampang Jajar. Mesyuarat yang dipengerusikan Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar dihadiri semua Imam masjid-masjid dalam Daerah Kota Setar. Turut hadir, Imam Masjid Al-Hasanah, Ampang Jajar, Haji Ismail bin Md. Noh dan Penolong Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Mohd Fairuz bin Mohammad.
 
Mesyuarat membincangkan hal ehwal berkaitan perkhidmatan pegawai masjid, pengurusan dan pengimarahan masjid.