PENYERAHAN KENDERAAN RASMI BAHARU BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

PENYERAHAN KENDERAAN RASMI BAHARU BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

   

13 Disember 2020 (ALOR SETAR) – Majlis Penyerahan Sebuah Kenderaan jenis Toyota Hilux D/C 2.4E AT 4X4 telah disempurnakan oleh YBhg Hj. Mohd Yusri Bin Hj. Md. Daud , Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di perkarangan Bahagian Pengurusan Halal semalam. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Ketua Penolong Pengarah setiap bahagian di JHEAIK.

Perolehan ini adalah bertujuan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan Bahagian Pengurusan Halal yang banyak melakukan audit dan pemantauan ke syarikat-syarikat di seluruh negeri Kedah yang memohon Pensijilan Halal Malaysia selain bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang melibatkan Halal serta mengadakan siri pameran dan penerangan kepada rakyat di negeri Kedah.