Kursus Pemantapan Profesionalisme Tadika Islam Daerah Kota Setar Tahun 2020

Kursus Pemantapan Profesionalisme Tadika Islam Daerah Kota Setar Tahun 2020

Kursus Pemantapan Profesionalisme Tadika Islam Daerah Kota Setar Tahun 2020 anjuran Pejabat Agama Daerah Kota Setar dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) telah diadakan di The Jerai Hill Resort, Gurun pada 9 dan 10 Oktober 2020 melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada Guru Besar, Guru, Pembantu dan Tukang Masak Tadika Islam dari 8 buah pusat Tadika Islam seluruh Daerah Kota Setar.

Kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan, Puan Rozalita binti Saupi dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis dianjurkan bertujuan mengaplikasikan cara bekerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi hasil kerja berkualiti,  beretika dan berintegriti. Penambahan nilai yang positif dalam mengurus emosi , mengurus kerja dengan cekap untuk memastikan setiap aktiviti dilakukan  mengikut masa yang ditetapkan dengan cemerlang. Mempelajari teknik yang mudah dan praktikal untuk mengurangkan tahap tekanan di tempat kerja dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dengan melakukan komunikasi yang positif memahami keperluan dalam kerja berpasukan dan organisasi.

Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Penolong Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Tuan Syeikh Mohd Fairuz bin Mohammad mewakili Tuan Pegawai Agama Daerah Kota Setar. Turut hadir, Tuan Pengurus Besar INSPIN, Encik Abdul Halim bin Hassan.