EXCO AGAMA TURUN PADANG MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS PREMIS DAGING SEJUK BEKU
3 Januari 2021 Alor Setar Isu kartel daging menjadi perbualan hangat masyarakat mutakhir ini. Negeri Kedah turut tidak terkecuali terkena tempias isu ini. Sehubungan itu, pada pagi ini Bahagian Pengurusan Halal JHEAIK bersama-sama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah serta Jabatan Veterinar Negeri Kedah mengadakan pemeriksaan ke premis pemborong dan peruncit daging sejuk beku di sekitar Bandaraya Alor Setar.
Pemeriksaan pagi ini turut disertai Exco Agama, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Bin Haji Ahmad. Pemeriksaan ini bertujuan mengenal pasti sumber dan pasaran bagi setiap daging sejuk beku. Usaha seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa.