MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 1448H/2026M

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 1448H/2026M

25 OGOS 2026 (ISNIN)

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026M/1448H
 
Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026M/1448H yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
 
KDYMM Sultan Kedah turut berkenan menyempurnakan Titah Diraja sempena perasmian majlis serta menyampaikan Anugerah Khas Maulidur Rasul dan Anugerah Tokoh Imam bagi tahun 2026.
 
Anugerah Khas Maulidur Rasul Kedah dianugerahkan kepada Sohibul Fadhilah Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim, DHMS., DSDK., SDK., BCK., JP.
 
Manakala, Anugerah Tokoh Imam dianugerahkan kepada Tuan Haji Che Ismail Haji Bakar, Imam Masjid Jame’ As-Shahab, Kepala Batas, Kedah.
 
Hadir mengiringi Baginda Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Awang; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri serta kenamaan lain.
 
Sumber & Kredit : Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)