PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK) MULAKAN HARI PERTAMA BERTUGAS

PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK) MULAKAN HARI PERTAMA BERTUGAS

PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK) MULAKAN HARI PERTAMA BERTUGAS

10 JUN 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menerima kehadiran Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah yang secara rasminya melaporkan diri untuk memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah berkuatkuasa hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Tuan Haji Azhari Bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dakwah), ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai agama daerah.Sebagai simbolik permulaan tugas, beliau turut melakukan pendaftaran kehadiran melalui sistem cap jari (thumb print) sebagai tanda rasmi memulakan perkhidmatan di JHEAIK.

Sesi ringkas bersama pengurusan kanan turut diadakan bagi memberi gambaran awal mengenai pengurusan, fungsi dan peranan jabatan dalam memperkasa hal ehwal Islam di Negeri Kedah. Hari pertama ini menjadi permulaan kepada satu perjalanan kepimpinan baharu yang diharapkan dapat membawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) terus maju, progresif dan berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Pengarah baharu serta mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam memimpin jabatan ke arah yang lebih cemerlang.