ANUGERAH TOKOH IMAM SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 1446H/2024M
16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
Tuan Haji Ismail bin Jaafar telah dipilih sebagai Tokoh Imam sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1446H/2024M.
Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1939 di Kg. Sungai Durian, Mukim Gajah Mati Derah Pokok Sena, Kedah.
Di usia muda lagi, beliau aktif dengan aktiviti komuniti dan keagamaan dan dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang pendidikan, beliau mula menabur jasa sebagai guru sebaik sahaja mendapat tawaran sebagai guru pelatih pada 1956.
Berikut merupakan senarai kerjaya dan anugerah yang telah diterima:
Guru Penolong Kanan SK Kuala Nerang – 1985-1991
Guru Besar SK Kuala Nerang – 1992-1994
Bersara pada 5 Ogos 1994 setelah 38 tahun berkhidmat
Dilantik sebagai Imam pertama pada 23 Ogos 1996 Masjid Pokok Sena
Terlibat dalam dunia dakwah dalam dan luar negara bermula tahun 1980 sehingga kini
Kini, di usia 85 tahun beliau merupakan Imam Masjid An-nur Pokok Sena semenjak tahun 1996
ANUGERAH:
Anugerah Pemimpin Masyarakat – 1980
Pingat Pemimpin Pengakap – 1992
Penerima Tauliah “Manik Kayu” Pengakap Negeri Kedah – 1992
Pingat Jasa Kebaktian P.J.K – 2008
Tokoh Guru Peringkat Daerah Pokok Sena – 2006
Tokoh Guru Peringkat Daerah Kota Setar – 2019
Pingat Tokoh Pengakap sempena 100 Tahun Pengakap Negeri Kedah – 2023
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ismaill bin Jaafar.
“Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua”
Sumber & Kredit : Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)