MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH TAHUN 2023

MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH TAHUN 2023

25 FEBRUARI 2024 (AHAD)

ALOR SETAR – Majlis Sanjungan Budi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Tahun 2023 telah diadakan di Raia Hotel & Covention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman sebagai meraikan pertukaran dan persaraan serta penghargaan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEAIK Tahun 2023. 

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan YBhg. Datin Hajah Tun Fariza Azima Binti Abdul Azizi, Pengerusi PUSPANITA JHEAIK. Turut mengiringi pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Ketua Penolong Pengarah, Pegawai Agama Daerah dan Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Mohd Noor Bin Ismail, Mantan Timbalan Pengarah (Pengurusan) JHEAIK yang kini bertugas sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu, Encik Ismail Bin Abdul Latiff, Pembantu Operasi (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang telah bersara pada 6 Ogos 2023 dan 22 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023.