Soalan Lazim | Bahagian Penyelidikan
Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah ?
Perkhidmatan Yang Disediakan;
- Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan isu akidah dan syariah.
- Menyediakan profil berkaitan dengan isu-isu akidah dan syariah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
- Memberi penjelasan mengenai isu-isu akidah dan syariah kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Kedah Darul Aman.
- Mendokumentasikan hasil kajian dan penyelidikan serta risalah-risalah yang berkaitan isu akidah dan syariah .
- Mengadakan pemantauan ke atas penyebaran ajaran dan pegangan akidah dan syariah yang menyeleweng.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Penapisan Media?
Perkhidmatan Yang Disediakan;
- Mengkaji dan menapis bahan-bahan penerbitan berunsurkan Islam yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Menerima aduan dari orang ramai berkenaan premis yang menjual atau mempamerkan barang-barang atau terbitan yang mengandungi kalimah Allah dan ayat-ayat Al-Quran.
- Membuat pemantauan ke kedai-kedai buku, peralatan audio visual dan premis- premis yang disyaki sekitar Negeri Kedah .
- Saya ingin membuat aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain, adakah Bahagian Penyelidikan adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan tersebut?
Ya, aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain- lain boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman