Program Perkaderan Pemantapan Akidah dan Syariah

Program Perkaderan Pemantapan Akidah dan Syariah

Tarikh : 23 hingga 24 Februari 2022

Tempat : Park Avenue Hotel, Sungai Petani

Satu program telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah bertujuan untuk memberi kefahaman dan penyelarasan format penerangan khurafat kepada pegawai-pegawai agama dan kakitangan yang terlibat dalam menyampaikan maklumat ini kepada masyarakat Islam. Diskusi ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman