Muzakarah Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Kota Setar

Muzakarah Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Kota Setar

ALOR SETAR: Muzakarah Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Kota Setar telah berlangsung pada hari Isnin, 14 Disember 2020 bertempat di Masjid As-Shahab, Kepala Batas. Muzakarah yang dikendalikan Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar dihadiri semua Imam dalam Daerah Kota Setar selaku Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. Turut hadir, Penolong Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Mohd Fairuz bin Mohammad.
 
Muzakarah membincangkan hal ehwal berkaitan pengurusan nikah, cerai dan rujuk serta isu-isu semasa.