Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1441 H / 2020M

Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1441 H / 2020M

ALOR SETAR : Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1441 H bersamaan 2020 M telah berlangsung selama 3 hari mulai 17 Jamadilawal hingga 19 Jamadilawal 1441 H bersamaan 13 Januari hingga 15 Januari 2020 yang berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah diadakan pada 15 Januari 2020 bermula pada jam 9.00 malam dengan keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Turut mengiringi ialah Yang Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah, Yang Berusaha Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 1441 H / 2020 M, Yang Berbahagia Pegawai Daerah Kota Setar dan Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jemaah Hakim.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah. Selepas ucapan alu-aluan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman berkenan menyampaikan Titah Perasmian Penutupan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1441 H / 2020 M kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman

Berikut adalah senarai penuh pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1441 H / 2020 M.

Tilawah Al-Quran (Qari)

1. Muhammad Thufail bin Sayuti

2. Abd Aziz Bin Yaakob

3. Mohd Nazif Bin Zulkhairi

Tilawah Al-Quran (Qariah)

1. Nurul Husna Binti Sharif

2. Marzian Binti Mohd Deli

3. Hasnah Binti Ayub

Hafazan Al-Quran (Lelaki)

Kategori 1-10 Juzuk dan Tarannum

1. Muhammad Al Jazari Bin Muhammad Helmi

2. Husnul Hijan Bin Mohd Yusuf

3. Adam Bin Mohd Asri

Kategori 1-20 Juzuk

1. Muhammad Bahij Afham Bin Zuhaimi

2. Mubarak Bin Rohimi

3. Abdul Rauf Bin Roslan

Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir

1. Mohamad Hakim Bin Mohamad Hisam

2. Muhammad ‘Abir Alwi Al Haddad Bin Muhammad

3. Ahmad Syawqi Bin Hasbullah

Hafazan Al-Quran (Perempuan)

Kategori 1-10 Juzuk dan Tarannum

1. Nurul Husna Binti Abdul Aziz

2. Nur Dina Syamila Binti Mohd Zaim

3. Asma’ Binti Ady

Kategori 1-20 Juzuk

1. Nurul Qistina Binti Shalizan

2. Atifah Binti Abdul Rahman

3. Aliyah Umairah Binti Mohd Nasaruddin

Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir

1. Husna Mardhiyyah Binti Mohd Fauzi

2. Ummi Habibah Binti Mohd Hashim

3. A’isyal Hani Binti Muhammad