KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI TAHUN 2025
Tarikh : 8 dan 9 Oktober 2025 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Hotel Park Avenue, Sungai Petani
Program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kemahiran pengacaraan majlis rasmi, melatih dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan 45 orang warga kerja JHEAIK dan Pejabat-Pejabat Agama Daerah bagi mengacarakan acara-acara rasmi anjuran JHEAIK.
Ceramah disampaikan oleh En. Mohamad Azrin bin Hassan, Pensyarah Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra.
Syeikh Azhari bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JHEAIK ketika menyampaikan ucapan penangguhan berharap program ini berjaya melahirkan generasi pelapis bagi mengacarakan majlis-majlis rasmi dan program-program keagamaan di Negeri Kedah Darul Aman seperti Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul SAW, Tilawah dan Hafazan Al-Quran dan sebagainya.
Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Turut hadir Syeikh Radzi bin Abdul Mutalib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK.











