KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS DAKWAH NEGARA (MDN) NEGERI KEDAH KE ATAS JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS DAKWAH NEGARA (MDN) NEGERI KEDAH KE ATAS JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

6 Julai 2022 – Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Kedah diketuai Penasihatnya, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK). Ketibaan rombongan disambut Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim dan Pegawai-pegawai JHEAIK.

Kunjungan hormat bertujuan membincangkan isu-isu dakwah dan agama serta memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak.

Rombongan turut disertai Pesuruhjaya MDN Negeri Kedah, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri bin Md Hussain serta Ahli-ahli Jawatankuasa MDN Negeri Kedah.