KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK) KEPADA YB EXCO AGAMA KEDAH

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK) KEPADA YB EXCO AGAMA KEDAH

ALOR SETAR, 2 Februari 2026 – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Ustaz Azam Abdul Samad, Exco Agama Kerajaan Negeri Kedah bertempat di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau JHEAIK.
 
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Kedah, di samping bertukar pandangan mengenai beberapa isu semasa yang melibatkan pengurusan dan pembangunan institusi agama Islam.
 
Dalam suasana pertemuan yang penuh mesra dan harmoni, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuhkan kerjasama strategik demi memastikan pentadbiran agama Islam di Negeri Kedah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bersepadu.