KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID ZAHIR (MASJID NEGERI) KEDAH DARUL AMAN
JUMAAT (03 JANUARI 2025) – ALOR SETAR : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zahir (Masjid Negeri) di sini hari ini.
Ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Mohd Noor (Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato’ Paduka Dr. Mohd Fadzil bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah ( Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Azhari bin Mohamad (wakil Pengarah JHEAIK), Tuan Mohammad Shahuri bin Mohamad Norlin (Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan JHEAIK), Yang Berbahagia Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor (Pegawai Daerah Kota Setar), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi bin Ismail (Pegawai Agama Daerah Kota Setar) serta dif-dif kenamaan yang lain.
Khatib Jumaat ialah Yang Berusaha Tuan Syeikah Mohd Khairul Firdaus bin Haji Abu Bakar menyampaikan khutbah bertajuk “Tahun Baharu Di Manakah Kita” karangan Tuan Syeikh Azhari bin Mohamad (KPP Kanan Bahagian Dakwah JHEAIK. Manakala Imam Solat Jumaat diimamkan oleh Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad (Imam Besar Masjid Zahir).
Baginda berangkat pulang pada jam 2.20 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.







