KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH PERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AR-RAHMAH, TAMAN WIRA MERGONG, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH
10 OKTOBER 2025, Mergong : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah, Kariah Taman Wira Mergong Daerah Kota Setar, Kedah di sini hari ini.
Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut oleh Yang Berhormat Dato Wira Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Dr. Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani Bin Haji Zainuddin, Pengarah JHEAIK; Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Azhari bin Mohamad, KPP Kanan Bahagian Dakwah; Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah; dan Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIK Pegawai Agama Daerah serta dif-dif kenamaan yang lain.
Imam dan Khatib ialah Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi bin Ismail, Pegawai Agama Daerah Kota Setar. Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah perkenan merakam potret kenangan bersama-sama Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid.
Baginda berangkat pulang pada jam 2.10 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.








