KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH BERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AR-RAHMAN, KERPAN, AYER HITAM

KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH BERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AR-RAHMAN, KERPAN, AYER HITAM

JUMAAT (08 NOVEMBER 2024)
 
KUBANG PASU – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Kerpan di sini, hari ini.
 
Keberangkatan tiba Baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali.
 
Sebelum menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda turut berkenan bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman dan menunaikan Solat Jumaat berjemaah dengan kehadiran kira-kira 200 jemaah disamping beramah mesra bersama jemaah selepas Baginda selesai menunaikan Solat Jumaat.
 
Khutbah Jumaat yang bertajuk Syukuri Nikmat : Pelihara Alam Ciptaan Ilahi telah disampaikan imam Masjid Ar-Rahman, Ustaz Abdul Rahman Abdul Hamid.
 
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof Dr. Haim Hilman Abdullah; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Zainudin dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, EncikMuhamad Mahazi Ibrahim.
 
                                       
 
                                                                     
 
 
Sumber & Kredit : Warta Kedah
Sumber Foto & Kredit: Kedah Royal Family