DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AN-NUR, SUNGAI JAGONG, PENDANG, KEDAH
JUMAAT (21 NOVEMBER 2024) – PENDANG : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Kariah Sungai Jagong, Pendang Kedah di sini hari ini.
Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abdul Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang mewakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Encik Abdul Razak Bin Khamis, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohd Ismi Anuar Bin Haji Abdul Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), Tuan Mohammad Shahuri Bin Mohamad Norlin (Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Nasrun Bin Dato’ Mohd Sheriff, Pegawai Daerah Pendang, Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Alwi Bin Othman, Pegawai Agama Daerah Pendang serta dif-dif kenamaan yang lain.
Khutbah Jumaat disampaikan oleh imam masjid, Ustaz Ramle Bin Shafie yang bertajuk “Ulama Pewaris Nabi”.
Usai menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur, Kariah Sungai Jagong, Pendang serta menyantuni jemaah yang hadir solat Jumaat bersama Baginda sebelum berangkat pulang.