DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID JAME’ AL-EHSAN, KARIAH SUNGAI MATI, ALOR SETAR, KEDAH

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID JAME’ AL-EHSAN, KARIAH SUNGAI MATI, ALOR SETAR, KEDAH

JUMAAT (25 APRIL 2025) – SUNGAI MATI : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jame’ Al-Ehsan, Kariah Sungai Mati Daerah Kota Setar, Kedah di sini hari ini.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut Sohibus Samahah Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Bin Hj Awang, Mufti Negeri Kedah,Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani Bin Haji Zainuddin, Pengarah JHEAIK, YB Dato’ Romani bin Wan Salin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, YBhg. Tuan Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin, Timbalan Pengarah Pengurusan JHEAIK, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Azhari bin Mohamad, KPP Kanan Bahagian Dakwah, Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah, dan Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIK serta dif-dif kenamaan yang lain.
 
Imam dan Khatib ialah Yang Berusaha Ustaz Alias bin Mohd Arifin. Beliau menyampaikan khutbah bertajuk “Penguatkuasaan Undang-Undang dan Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama” sempena Hari Ulangtahun Jabatan Pengangkutan Jalan Ke-79.
 
Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah perkenan merakam potret kenangan bersama-sama Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid.
 
Baginda berangkat pulang pada jam 2.10 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.