DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AR-RAHMAN, ALOR MERAH, ALOR SETAR, KEDAH

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AR-RAHMAN, ALOR MERAH, ALOR SETAR, KEDAH

JUMAAT (13 DISEMBER 2024) – PENDANG : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di sini hari ini.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Dato’ Mohd Azam Abd Samat, Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria Othman dan Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Hakim Ariff Md Noor serta dif-dif kenamaan yang lain.

Kira-kira 200 orang jemaah menunaikan Solat Jumaat bersama Baginda yang dipimpin oleh Imam Masjid AR-Rahman, Ustaz Azman Ali Mahsen dengan khutbah Jumaat yang bertajuk “Memperkasa Ekonomi Ummah”.

Selepas menunaikan Solat Jumaat, Baginda berkenan bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman serta menyantuni jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang.