ANUGERAH TOKOH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 1446H/2024M
16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
Allahyarham Mohd Azraai Khor bin Abdullah telah dipilih sebagai Tokoh Khas sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1446H/2024M. Nama asal beliau ialah Khor Sek Leng dan telah memeluk Islam pada tahun 2001.
Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1952 di Kg. Nawa, Mukim Lesong, Pokok Sena, Kedah. Beliau mula berminat dengan sukan bola sepak ketika berusia 17 tahun. Sehinggalah bergelar pemain bolasepak professional mewakili Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman.
Berikut merupakan senarai kerjaya dan anugerah yang telah diterima:
Bertugas di TNB Daerah Kulim
Mendapat lesen jurulatih kelas A pada tahun 1990
Melatih skuad Kedah Darul Aman di mana ketika itu beliau masih berhidmat di TNB Kulim – 2004
Membawa pasukan Kedah memenangi kejayaan Double Treble 2007 dan 2008
Mengendalikan pasukan Harimau Muda A – 2010
Pernah mengendalikan pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan
Dinobatkan sebagai Malaysian Favourite Coach (100-plus FAM National Football Awards) – 2007
Malaysian Best Coach – 2008
SUMBANGAN TERHADAP NEGERI EKDAH:
Naib Juara Piala Malaysia – 2004
Naib Juara Kumpulan A Liga Premier – 2005
Juara Liga premier – 2006
Juara Treble (Juara Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia) – 2007
Juara Treble (Juara Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia) – 2008
Mewujudkan Rawa One Stop Centre sebagai pusat pembangunan bola sepak negeri
Memperkenalkan Klinik bola sepak, antaranya Mini Football
Beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 72 tahun sebagai lagenda Jurulatih Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.
“Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua”
Sumber & Kredit : Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)